Khamis, 23 Disember 2010

Bermulanya kitab baru antara aku dengan kehidupan....

Semalam aku kelukaan,kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,menguji keimanan,
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,untuk bangkit semula,
meneruskan langkah,perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Ahad, 5 Disember 2010

BACA PERLAHAN-LAHAN DAN PENUH PENGHAYATAN


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,"maafkan saya,saya tak perasan".Katanya"maafkan saya juga,"Saya tak nampak saudara".Kami amat bersopan dan saling menghormati,kami saling melambai sambil berlalu pergi.Tetapi di rumah,lain pula ceritanya.Bagaimana kita melayan orang tersayang,tua.....

Lewat petang,tika memasak makan malam,anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.Jerkahku,"jANGAN BUAT KACAU DISINI,PERGI MAIN JAUH-JAUH".Dia berlalu pergi,hatinya hancur luluh dan beku,aku tak sedar,betapa kasarnya kata-kataku.Sedangku berbaring di katil mendengar lagu,berbisik suara halus di telingaku"Bila bersama orang tak dikenali,begitu sopan dan merendah dir,tetapi ahli keluarga tersayang,sering dimarah dan dicaci."

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,kan kau temui bunga-bungaan berterabur"."Itu adalah bunga-bungaan dibawanya untuk kamu,dia memetiknya sendiri,kuning,biru,dan unggu."Dia berdiri senyap agar jadi kejutan baut kamu,kamu tak pernah sedar airmatanya yang datanf bertamu".Pada tika ini,aku merasa amat kecil sekali ,airmataku mencurah-curah ibarat air di kali.Senyap-senyap ku ke biliknya dan melutut dikatil,"Bangunlah,anakku ,bangulah si kecil,apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?Dia terseyum,"Adik terjumpa belakang rumah di semak"."Adik petik kerana ia cantik sepeti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu".Maafkan ibu,atas sikap ibu hari ini,ibu tak harus menjerkah kamu sebegini".Katanya,"oh,ibu,tak mengapa,saya tetap sayang ibu melebihi segalanya"Bisikku,"Anakku,ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu,terutama yang unggu.



ADAKAH KAMU SEDAR,SEKIRANYA KITA MATI HARI INI,SYARIKAT TEMPAT KITA BERKERJA AKAN SENANG-SENANG MENDAPAT PENGGANTI,DALAM HANYA BEBERAPA HARI.TETAPI KELUARGA YANG KITA TINGGALKAN,AKAN MERASA KEHILANGAN SEPANJANG HAYAT.DAN SEDARLAH,SEKIRANYA KITA MENGHABISKAN MASA KITA KEPADA KERJA,MELEBIHI KELUARGA KITA,ADALAH MERUPAKAN SUATU PELABURAN YANG TIDAK BIJAK.
BUKANKAH BEGITU ?
JADI APAKAH YANG TERSIRAT?



Tahukah anda makna"FAMILY
FAMILY=(F)ather(A)nd(M)other(I)(L)OVE(Y)OU